Pernyataan
Pengetua / guru besar
yang berkualiti sudah tentu menjadi teraju utama di sekolah yang cemerlang. Pengetua /
guru besar sebagai pengurus sekolah dapat mengatur strategi sebagai "the key
task" berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara, Wawasan Pendidikan dan seterusnya
selari degan strategi yang ada di dalam cabaran Wawasan 2020. Sekolah memerlukan pengetua
/ guru besar yang berpengetahuan tentang pengurusan sekolah dan dapat bertindak dengan
fleksibel terhadap cabaran-cabaran dan situasi semasa. Oleh itu, keupayaan dan kapasiti
pengetua dalam menghadapi dan menangani situasi ini memerlukan pelbagai alternatif.
Cadangan
- Pemilihan pengetua / guru besar bukan
sahaja berdasarkan kepada senioriti dan penilaian prestasi sahaja, tetapi juga perlu
melalui teknik-teknik pemilihan lain yang dapat menilai kebolehan dan keupayaan seseorang
pegawai seperti pusat penilaian pengetua / guru besar.
- Penilaian prestasi (SSB) yang juga
dijadikan pengukur dalam memilih pengetua, perlu dikaji semula supaya prestasi yang diukur
benar-benar boleh dipercayai dan dapat mengelakkan berlakunya permainan politik dalaman.
- Polisi organisasi juga perlu diubah supaya
sistem birokrasi berpusat dipindahkan ke arah sistem tempatan atau ke peringkat yang lebih
rendah kerana penyesuaian dapat dilakukan dengan lebih sempurna apabila terdapat sesuatu
perubahan
Memorandum
Pendidikan
Disediakan Oleh :
Ahmad Rusli bin Din
Ahli Jawatankuasa PPPPM
Isu Pertama
Penubuhan Kelas
persediaan awal meliputi Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA), Taman Bimbingan Kanak-Kanak
(TADIKA) dan Taman Didikan Kanak-Kanak (TADIKA) oleh pihak swasta dianggap bermotifkan
keuntungan. Pengurusan Pentadbiran tidak mantap dan tiada penyelarasan dalam penyediaan
kurikulum. Kelas TADIKA anjuran kerajaan khususnya oleh KEMAS (Lembaga Kemajuan
Masyarakat) menggunakan kurikulum sendiri dan didapati kurang mantap berbanding kelas pra
sekolah yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia di beberapa Sekolah
Kebangsaan di Malaysia.
Pernyataan
Kelas persediaan awal
(pra sekolah) meliputi TABIKA, TASKA dan TADIKA amat penting sebagai asas melatih murid
menguasai dan memantapkan diri dalam bidang akademik, jasmani, emosi dan rohani sebelum
memasuki alam persekolahan sebenar. Ia juga mampu mempercepatkan tercapainya hasrat yang
tersirat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk membentuk insan murid yang seimbang
seawal mungkin.
Cadangan
- Semua Sekolah Rendah perlu mengadakan
kelas pra sekolah dengan menggunapakai kurikulum yang seragam.
- Kemudahan fizikal yang secukupnya perlu
disediakan meliputi bahan bantu mengajar (BBM), peralatan kecergasan fizikal (aktiviti
luar bilik), ruang permainan dan kemudahan teknologi (TV, radio dan komputer).
- Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar di samping Bahasa Inggeris dan lain bahasa yang didapati sesuai.
- Merancang aktiviti pengajaran yang
berkesan ke arah mencapai minda murid bersesuaian dengan era teknologi masa kini.
- Membentuk dan menyediakan insan murid yang
mantap dan mampu menghadapi alam persekolahan sebenar dengan penuh yakin.
- Mengadakan kursus asas pengurusan pra
sekolah secara berkala dan terancang serta memberikan penekanan berkaitan perancang
aktiviti kurikulu yang berkesan dan cemerlang.
Isu Kedua
Pencapaian peratus
kelulusan di peringkat Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di kebanyakan Sekolah Rendah
luar bandar di tahap rendah (dibawah 30 %). Kebanyakan murid masih tidak mampu untuk
menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) dengan memuaskan. Situasi ini
menyumbang kepada kemerosotan minat murid untuk belajar dan seterusnya mempengaruhi
peratus kelulusan di peringkat PMR dan SPM di peringkat Sekolah Menengah.
Pernyataan
Pencapaian peratus
kelulusan UPSR di Sekolah Rendah di Malaysia masih ada ruang untuk dipertingkatkan. Ini
meliputi pencapaian dari segi kuantiti dan kualiti. Program peningkatan prestasi akademik
perlu dirancang secara menyeluruh dengan menggunapakai kepakaran dan kemahiran warga
pendidik secara maksimum.
Cadangan
- Program peningkatan prestasi bagi
peperiksaan dalaman dan awam perlu dilaksanakan di peringkat tahap satu secara menyeluruh
bagi semua mata pelajaran.
- Warga pendidik perlu didedahkan pendekatan
atau kaedah pemeriksaan yang standard bagi menjamin kualiti jawapan murid bagi tiap
matapelajaran dalam peperiksaan dipertingkatkan.
- Kelas bimbingan perlu lebih fungsional ke
arah membantu murid memantapkan kemahiran membuat rujukan dan menjawab soalan khususnya
bagi matapelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.
- Pendekatan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran perlu lebih fleksibel dengan mengambil kira kebolehan kognitif murid yang
pelbagai. Penekanan perlu diberikan ke arah menjamin penguasaan kemahiran membaca, menulis
dan mengira di tahap memuaskan.
Isu Ketiga
Kepimpinan pendidikan
khususnya di peringkat sekolah sering mengalami tekanan semasa menjalankan tugas. Pelbagai
masalah meliputi sikap warga pendidik, staf, sokongan, masyarakat setempat dan ibu bapa
murid yang pelbagai ragam mendorong kepimpinan sekolah untuk bertindak agresif dan
seterusnya mencetuskan reaksi negatif terhadap institusi pendidikan di Malaysia.
Pernyataan
Kepimpinan sekolah yang
cemerlang, berwibawa, mantap dan prihatin bertunjangkan kepada adanya penguasaan ilmu,
kemahiran dan kebolehan menyesuaikan diri dengan persekitaran tugas.
Cadangan
- Pemilihan Penolong Kanan, Guru Besar dan
Pengetua perlu melalui proses temuduga dan penilaian yang menyeluruh. Ini meliputi
penilaian tahap kelulusan akademik, kemahiran mentadbir dan penguasaan ilmu berkaitan
kepimpinan pendidikan yang terkini.
- Kursus, seminar dan bengkel secara berkala
berkaitan aspek kepimpinan perlu dirancang. Pendedahan kaedah dan pendekatan terkini
tentang kepimpinan perlu disebarluaskan untuk kepentingan pendidikan.
- Program lawatan sambil belajar ke pusat
kecemerlangan pendidikan sama ada dalam atau luar negara perlu dirancang. Ini akan
mendedahkan idea yang terbaru dan mampu diimplementasikan dalam sistem pendidikan di
Malaysia.
